TEMERLOH: Laluan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) di Kilometer (KM)117.8 hingga KM117.9 arah barat yang sebelum ini ditutup akibat tanah mendap akan dibuka semula kepada pengguna selewat-lewatnya pada jam 6 petang Khamis.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu, pembukaan lebih awal demi memastikan keselesaan kepada pengguna lebuh raya untuk perjalanan yang lancar.
"Hari ini, saya telah meninjau setakat mana kerja-kerja yang telah dibuat bagi memastikan jalan ini akan selamat diguna, dan kita cadang buka pada petang ini paling lewat pukul 6 petang.
"Ini adalah terbaik kerana kita hanya mengambil masa 10 hari daripada hari kejadian untuk menyiapkannya berbanding yang dijadualkan mengambil tempoh selama 14 hari bermula pada 13 September lalu," kata beliau kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini pada Khamis.
Hadir sama, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir Sazali Harun; Pengerusi Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif Anih Berhad, Imran Gulcharan Abdullah.
Pada 10 September lalu, laluan tersebut mengalami rekahan di permukaan jalan dipercayai berpunca daripada runtuhan cerun tambak di kawasan kerja-kerja tebatan banjir.
Dalam pada itu, beliau memberitahu KKR telah mengenal pasti 12 jalan raya Persekutuan di Pahang yang terkesan akibat Monsun Timur Laut dengan kos kerja pembaikan berjumlah RM38 juta.
"Daripada jumlah ini, tiga jalan raya sudah siap manakala selebihnya sudah mencapai 70 peratus pembinaan.
"Malah, KKR juga telah meluluskan kerja berkala turapan untuk negeri Pahang sebanyak RM180 juta dan kerja berkala bukan turapan sebanyak RM23 juta bagi 2023," jelas beliau lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 21 2023
Alexander memberitahu, pembukaan lebih awal demi memastikan keselesaan kepada pengguna lebuh raya untuk perjalanan yang lancar. - Gambar/ Sinar Harian
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Jambatan kekal akan dibina di lokasi mendap lebuh raya Kuantan-Segamat - Ahmad Maslan
Sebuah jambatan kekal di Kilometer 73, Lebuhraya Kuantan-Segamat di Pekan akan dibina bagi menggantikan jambatan Bailey.
Jalan mendap: Sebahagian Jalan Kuantan-Segamat ditutup
Sebahagian Jalan Kuantan-Segamat ditutup untuk semua jenis kenderaan bermula hari ini hingga 28 Jan berikutan kejadian jalan mendap di Seksyen 102, berhampiran kawasan burung unta.
Jalan mendap: LPT1 arah barat dibuka semula
Laluan LPT1 di Kilometer (KM)117.8 hingga KM117.9 arah barat akan dibuka semula kepada pengguna selewat-lewatnya pada jam 6 petang Khamis.
Punca LPT1 mendap disiasat - ANIH
ANIH Berhad telah menempatkan kakitangan operasi sepanjang 24 jam untuk memantau dan menangani isu kegagalan tambakan projek tebatan banjir LPT1.
Tanah mendap: ANIH aktifkan laluan kontra ke Kuala Lumpur
Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ANIH Berhad mengaktifkan laluan kontra di lokasi tanah mendap yang berlaku sebelum ini, bermula 10 pagi tadi.
130 kejadian bencana dikesan di tiga negeri - JKR
Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan 130 kejadian bencana dikesan di Johor, Pahang dan Negeri Sembilan setakat 10 pagi tadi.
Penduduk khuatir jalan mendap akibat banjir
Antara kampung terbabit termasuk Kampung Paya Lawas, Kampung Dendang dan Kampung Jerangau.
Penduduk Hulu Dungun gesa kerajaan segera baiki jalan berlubang
Sejak tahun 2014, sering berlaku mendapan di laluan terbabit, bagaimanapun, pihak berkuasa hanya menampalnya.
Hujan lebat, tanah mendap di Jalan Maarof
Kejadian hujan lebat serta ribut petir sejak petang Sabtu mengakibatkan kerosakan teruk di Jalan Maarof, Bangsar malam tadi.
Selepas kes kereta terperosok, MBI segera baik pulih jalan mendap
Pihak Jabatan Kerja Awam MBI mendapati sebahagian jajaran pembetung kekotak sepanjang 20 meter di jalan itu telah mengalami kerosakan.